Ambong Kepentingannya kepada Pendaratan Penyu

Lorem ipsum dolor duduk amet, consectetur adipiscing elit. Suspendisse varius enim in eros elementum tristique.

Tahukah anda, pokok ambong-ambong atau dikenali sebagai Merambong/ Sea Lettuce/Beach Naupaka (Scaveola taccada) merupakan salah satu spesies tumbuhan yang signifikan kepada pendaratan penyu, khususnya di Pulau Pangkor?

Akar ambong-ambong yang menjalar bertindak sebagai pauh yang mengelakkan hakisan tebing laut. Berdasarkan kepada pengamatan yang dijalankan, aktiviti penyu membuat kubang membantu tumbesaran pokok renek ini.

Pasir yang dikuakkan ibu penyu akan menimbus batang pokok dan ini menyebabkan akar tumbuh dan membentuk satu pokok baharu, dari masa ke semasa, sehingga ia mewujudkan suasana rendang dan menutup lantai pantai. Keadaan ini akan menurunkan paras suhu di bawah lantai pasir, dan mewujudkan sebuah habitat semulajadi yang sesuai untuk ibu penyu bertelur.

Disebabkan keadaan pasir yang tidak terlalu padat, ini memudahkan ibu penyu bagi mengorek dan membuat sarang, serta memendekkan masa dan aktiviti ibu penyu ketika naik untuk bertelur. Akar yang kuat juga dapat mencengkam struktur pasir agar tidak mudah runtuh ketika lubang digali oleh ibu penyu.

Hasil pengamatan dan penyelidikan juga mendapati peratusan ibu penyu bertelur di bawah pokok ambong-ambong adalah agak tinggi. Oleh itu, pokok ambong-ambong adalah sangat sesuai untuk dijadikan sarang in-situ iaitu pengeraman telur secara semulajadi tanpa perlu pemindahan telur ke tapak penetasan.

Artikel Terkini