Kem Penyu Sedunia 2022: Selamatkan Penyu Pulau Pangkor

Hari Penyu Sedunia disambut pada 16 Jun setiap tahun untuk membawa mesej kepada orang awam
mengenai kepentingan perlindungan, pemeliharaan, dan pemuliharaan spesies penyu yang kian
terancam. Oleh itu, Rakan Segari dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) mengambil inisiatif
untuk meraikan sambutan ini dengan menganjurkan festival melalui cara yang lebih santai iaitu “Kem
Penyu Sedunia”.

Festival yang berkonsepkan “konservasi melalui aktiviti riadah dan kesenian” ini diadakan di Teluk
Nipah Pulau Pangkor, melalui kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis
Perbandaran Manjung (MPM), Persatuan Pencinta dan Pemuliharaan Penyu Pulau Pangkor
(PENCINTA), Laman Karya Lumut (LAKAR), Persatuan Pembangunan Wanita Daerah Manjung Perak
(PPWDMP), Kolej Komuniti Manjung, Pantai Hospital Manjung, Pangkor Nature Guide, Nature
Oceanography and Advocates Society (NOAS), dan Jabatan Perikanan Negeri Perak. Festival ini
mendapat sokongan daripada GEF- Small Grants Programme di bawah United Nations Development
Programme (UNDP) dan Yayasan Hasanah.

Pada 7 Jun 2022, Kem Penyu Sedunia dimulakan dengan pembukaan pendaftaran bagi pertandingan
fotografi yang bertemakan “Warisan Alam Semulajadi di Pulau Pangkor”. Pada keesokan harinya,
festival ini diserikan lagi aktiviti derma darah di pusat membeli-belah Lotus Manjung, dengan
kerjasama PPWDMP dan Pantai Hospital Manjung. Sepanjang derma darah berlangsung, para
pengunjung turut diberi penerangan oleh KUASA mengenai kepentingan konservasi penyu di samping
mempromosikan acara kemuncak festival yang akan dijalankan pada 18 Jun 2022. Turut diedarkan
petisyen untuk mewartakan kawasan perlindungan di kawasan-kawasan sensitif alam sekitar di sekitar
Manjung.

Para pelajar sekolah di Pulau Pangkor juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam festival ini,
melalui Jelajah Pendidikan @KPS 2022 yang diadakan pada 17 Jun 2022 di SMK Pangkor yang
merupakan tuan rumah bagi acara ini. Jelajah Pendidikan @KPS 2022 disertai oleh lebih 175 orang
guru dan pelajar dari beberapa sekolah di sekitar Pangkor, antaranya termasuklah SJKT Pangkor, SJKC
Hwa Lian (1), dan SK Seri Pangkor.

Banyak aktiviti menarik dijalankan sepanjang setengah hari ini, antaranya adalah Taklimat Pendidikan
Tinggi yang disampaikan oleh wakil daripada Kolej Komuniti Manjung, tayangan video kesedaran alam
sekitar, pembersihan pantai, penanaman pokok pesisir pantai, pameran dan kuiz alam sekitar,
pertandingan mewarna untuk pelajar sekolah kelolaan PPWDMP, dan pertandingan kraf kreatif kitar
semula untuk pelajar sekolah menengah.

Sebanyak 84.7kg sampah telah dikutip di sepanjang pantai Teluk Cina, dan 50 anak pokok spesies
Ambong-Ambong (Scaveola taccada) telah ditanam. Penghargaan kepada Pantai Hospital Manjung
dan Ahli Majlis Zon Pangkor, Tuan Hj. Asmadi Teh kerana menaja makanan kepada para peserta.

Clean and Green dan pelancaran Kempen Selamatkan Penyu Pulau Pangkor diadakan pada sesi pagi
Sabtu 18 Jun, yang merupakan hari kemuncak Kem Penyu Sedunia 2022. Pelancaran kempen ini
dirasmikan oleh Ustaz Fakhruddin bin Abdul Aziz, pegawai kanan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,
Sains Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau Negeri Perak. Sebanyak 150 anak pokok telah ditanam di
sepanjang pantai Coral Beach, Teluk Nipah dengan kerjasama Unit Lanskap, Majlis Perbandaran
Manjung. Penanaman pokok ini penting sebagai salah satu langkah rehabilitasi pantai- pantai
pendaratan penyu.

Sepanjang sesi pagi juga, turut dijalankan pameran daripada rakan-rakan penganjur bersama seperti
Jabatan Perikanan, Majlis Perbandaran Manjung, Kolej Komuniti Manjung, Pantai Hospital Manjung,
dan PENCINTA.

Pada sesi petang pula, Kem Penyu Sedunia diteruskan dengan aktiviti pelepasan anak penyu di Pantai
Teluk Ketapang, yang merupakan pantai pendaratan penyu utama di Pulau Pangkor. Sebanyak 159
ekor anak penyu yang baru menetas dilepaskan, dengan penyertaan orang awam dan rakan-rakan
NGO.

Sesi malam diteruskan dengan perasmian penutup Kem Penyu Sedunia oleh Dato’Seri Zambry, yang
merupakan ADUN Pangkor. Seterusnya, festival ini diteruskan dengan persembahan kebudayaan,
muzik, dan puisi oleh artis-artis tempatan dan luar negara seperti Buddha Beat, Garis Langit, Miura,
Suara Anak Laut, Sri Veera Nadei Urumi Melam, Hamzah Yazd, dan OG Pangkor. Para artis
menyampaikan persembahan dengan mesej-mesej kesedaran alam sekitar, dan ada juga yang menulis
puisi khas sempena Hari Penyu Sedunia.

Festival ini secara umumnya berjaya mengumpulkan pelbagai pihak dari pelbagai latarbelakang untuk
bersama-sama melindungi penyu yang merupakan khazanah yang tidak ternilai. Semoga usaha murni
ini dapat diteruskan pada program-program yang akan datang.

Recent Articles

asyabahis.org dumanbet.live pinbahiscasino.com www.sekabet.net olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com asyabahisgo1.com dumanbetyenigiris.com pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com maltcasino-giris.com www.faffbet.net www.betforward1.org betforward.mobi www.1xbet-adres.com 1xbet4iran.com www.romabet1.com www.yasbet2.net www.1xirani.com romabet.top www.3btforward1.com 1xbet 1xbet-farsi4.com بهترین سایت شرط بندی بت فوروارد
sunderland escorts southampton escorts buy instagram followers buy instagram likes
1v1.lol 76 unblocked games paperio io games yohoho yohoho 76 fnaf unblocked github.io unblocked games unblocked games io classroom 6x Yohoho.io Unblocked 2 1v1.lol unblocked github 76 unblocked games yohoho 76 unblocked games github.io
extrabet